Platform Carian Kontraktor Dipercayai di Malaysia
carikontraktor.my ialah sebuah platform digital yang memudahkan pemilik rumah, pelabur hartanah dan pemaju kecil mencari kontraktor berdaftar, berkualiti dan boleh dipercayai, tanpa orang tengah.
Kami faham betapa sukarnya mencari kontraktor yang sah, telus dan tepat ikut bajet. Jadi, kami bangunkan satu sistem carian mudah, pantas dan selamat untuk anda dapatkan kontraktor yang sesuai dengan hanya beberapa klik.
Kenapa Ditubuhkan
Carikontraktor.my dibina oleh pasukan yang berpengalaman dalam industri binaan, pemasaran dan teknologi digital.
Kami sendiri pernah jadi pelanggan, kontraktor, dan pengurus projek.
Kami tahu apa yang menyakitkan, lambat reply, kena tipu, hasil kerja tak ikut janji.
Misi Utama Kami:
- Kurangkan risiko ditipu kontraktor.
- Cari kontraktor dipercayai dengan mudah.
- Hubung terus, tanpa orang tengah.
- Bantu kontraktor kecil tampil lebih profesional.
Apa Yang Kami Tawarkan
Senarai Kontraktor Berdaftar & Disemak
Semua kontraktor perlu lengkapkan maklumat penting seperti SSM, gambar kerja, dan info perkhidmatan sebelum disiarkan kepada pengguna.
Terus WhatsApp, Tanpa Orang Tengah
Tiada komisen. Tiada aplikasi rumit. Anda boleh terus hubungi kontraktor melalui WhatsApp tanpa perlu daftar akaun.
Pemasaran Aktif Untuk Kontraktor
Kami bantu kontraktor berdaftar mendapatkan pelanggan melalui strategi pemasaran digital & fizikal, termasuk WhatsApp blast, flyers, Meta Ads dan lain-lain.
Sokongan Untuk Kontraktor Baru
Kami bantu kontraktor kecil atau individu yang masih belum daftar SSM, supaya mereka boleh tampil lebih profesional dan dipercayai.