FAQs pengguna

Soalan Lazim

1. Bagaimana carikontraktor.my berfungsi?

carikontraktor.my ialah platform untuk bantu anda cari kontraktor yang sesuai dengan keperluan anda mengikut kategori kerja dan lokasi.
Anda boleh hubungi kontraktor terus melalui WhatsApp tanpa sebarang pendaftaran.

2. Kenapa carikontraktor.my wujud?

Sebab terlalu ramai pemilik rumah kena situasi yang sama:

- Harga mula murah, tapi naik mendadak di tengah jalan.

- Kontraktor janji datang, tapi tak muncul.

- Hasil kerja tak ikut apa yang dijanjikan.

- Tiada dokumen, tiada resit, tak tahu nak buat aduan ke mana.


carikontraktor.my dibina untuk selesaikan masalah ini dengan cara yang mudah & telus:

- Semak kontraktor sebelum dipaparkan.
- Kumpul bukti kerja sebenar, bukan hanya janji mulut.
- Hubungi terus tanpa orang tengah, tapi dengan lebih kawalan.
- Boleh lapor jika ada isu dan kami ambil tindakan.

3. Bagaimana carikontraktor.my pastikan kontraktor yang dipaparkan boleh dipercayai?

Kami menjalankan semakan asas terhadap setiap kontraktor sebelum mereka dipaparkan di platform.
Semakan ini termasuk:

- Maklumat perhubungan yang sah

- Bukti kerja sebenar (gambar projek)

- Jenis perkhidmatan dan kawasan liputan


Langkah ini diambil untuk mengurangkan risiko penipuan dan membantu anda membuat pilihan dengan lebih yakin.
Namun, kami tetap sarankan anda berurusan dengan berhati-hati dan minta sebut harga bertulis atau bukti kerja terdahulu sebelum membuat keputusan.

2. Kalau kena tipu, saya boleh buat apa?

carikontraktor.my tidak terlibat dalam urusan pembayaran.
Namun, anda boleh laporkan sebarang aduan kepada kami dan kami akan siasat.
Kami berhak menyekat kontraktor dari platform jika terdapat laporan yang sah.
Kami juga sedia bantu sediakan laporan ringkas untuk rujukan anda jika mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

3. Perlu daftar akaun untuk guna platform ini?

Tidak perlu.
Anda boleh terus cari dan hubungi kontraktor tanpa perlu log masuk atau daftar.

4. Adakah carikontraktor.my ambil komisen?

Tidak.
Kami tidak ambil komisen. Anda berurusan terus dengan kontraktor.
carikontraktor.my hanya sediakan platform padanan carian secara terbuka.

6. Boleh saya minta beberapa sebut harga dari kontraktor berbeza?

Boleh. Anda bebas hubungi beberapa kontraktor untuk bandingkan servis dan harga.
Gunakan carikontraktor.my untuk dapat pilihan yang lebih luas.

7. Platform ini cover kawasan mana?

Buat masa ini kami hanya fokus kepada kawasan Kuala Lumpur & Selangor.
Kawasan lain akan dibuka secara berperingkat.