Soalan Lazim
1. Bagaimana kalau saya kontraktor dan mahu tersenarai?
Sila WhatsApp kami di 017-488 4996 dan beri beberapa butiran ringkas untuk tujuan pengesahan
2. Saya belum ada SSM, boleh daftar juga?
Jika anda belum ada SSM, hubungi kami di 017-488 4996, kami sedia bantu proses pendaftaran syarikat & bank.
3. Platform ini cover kawasan mana?
Dalam tempoh percubaan, kami fokus kepada kawasan Kuala Lumpur & Selangor sahaja.
Kawasan lain akan dibuka secara berperingkat. Daftar awal untuk masuk senarai menunggu.
4. Berapa lama masa diperlukan untuk profil saya disiarkan?
Selepas kami terima maklumat lengkap, profil anda akan disemak dan disiarkan dalam masa 24–48 jam.
5. Adakah carikontraktor.my ambil komisen daripada job?
Tidak. Kami tidak ambil sebarang komisen daripada pelanggan atau kontraktor.
Pelanggan akan hubungi anda terus melalui WhatsApp.
6. Bagaimana saya tahu ada pelanggan berminat?
Anda akan terima mesej terus ke WhatsApp. Jika anda daftar sebagai Verified, nama anda juga akan diberi keutamaan dalam senarai yang kami blast kepada pelanggan.
7. Saya buat banyak servis. Boleh pilih lebih dari satu kategori?
Boleh. Anda boleh senaraikan sehingga 5 kategori servis utama. Pastikan anda nyatakan dengan jelas dalam borang pendaftaran.
8. Boleh saya minta bantuan ubah semula maklumat selepas daftar?
Ya. Anda boleh hubungi kami di WhatsApp bila-bila masa untuk kemaskini gambar, kategori atau maklumat lain. Kami akan bantu ubah dalam tempoh 24 jam.
9. Apa berlaku jika pelanggan buat aduan tentang servis saya?
Kami akan semak aduan secara adil. Jika didapati serius, profil anda boleh dibekukan buat sementara atau dikeluarkan daripada senarai.
Kami utamakan kepercayaan pengguna dan imej kontraktor.